







![]() | Hari Ini | 70 |
![]() | Semalam | 97 |
![]() | Minggu Ini | 376 |
![]() | Minggu Lepas | 898 |
![]() | Bulan Ini | 867 |
![]() | Bulan Lepas | 4795 |
![]() | All | 47345 |
| PASARAYA |
|
|
|
| Written by Pasaraya Halal Metamorf |
| Saturday, 30 May 2009 15:08 |
|
Metamorf berasal dari perkataan greek-geologi iaitu Metamorphism-proses kimia haba dan tekanan terhadap batuan . Terdapat perubahan mineralogi ,bentuk, warna (yang amat cantik) dan saiz batuan.
Perkataan greek meat-bermaksud perubahan dan morpho-bermaksud bentuk Perkataan metamorphism ditukar kan kepada 'Metamorf ' . Abstrak kepada Pasaraya Halal Metamorf adalah proses perubahan yang akan dilakukan ke atas persepsi pasaraya yang sedia ada di Malaysia kepada Sebuah Pasaraya Yang berlandaskan Syariah Islam sepenuhnya suatu hari nanti Insya Allah dengan sokongan anda muslim muslimat semua. (Metamorfosis juga bermaksud suatu proses perubahan kitaran hidup serangga seperti rama-rama dari suatu peringkat kepada peringkat seterusnya sehingga menjadi dewasa.)
Pengenalan Pasaraya Metamorf adalah sebuah pasaraya milik penuh bumiputera yang menawarkan pelbagai barangan makanan basah dan kering dan juga produk keperluan harian. Di sini, pelanggan boleh mendapatkan keperluan harian mereka terutamanya produk keluaran bumiputera dan produk yang berstatus halal. Di Pasaraya Metamorf, kami sentiasa berusaha untuk memberikan harga barangan yang berpatutan dan perkhidmatan yang memuaskan. Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia Untuk makluman, Pasaraya Metamorf merupakan ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Perniagaan ini berdaftar dengan Nombor Keahlian 0309061029 Waktu Urusniaga Para pelanggan boleh mengunjungi Pasaraya Metamorf yang dibuka setiap hari kecuali hari Rabu. Pada hari Jumaat pasaraya akan ditutup sementara dari Jam 12.30 tengahari sehingga 3.00petang untuk memberi laluan kepada Solat Jumaat (Janganlah kamu bersubahat dalam melakukan dosa, Insya Allah jika menurut perintah Allah Dia akan mengganda-gandakan rezeki mu).
Urusniaga bermula dari jam 7:30 pagi hingga jam 8:00 malam. Jenis Urusniaga Pelanggan boleh membeli-belah di Pasaraya Metamorf sama ada secara runcit atau pun secara borong. Urusniaga adalah secara tunai dan kami juga menerima pembayaran secara kad kredit dan kad debit untuk pembelian melebihi RM100 tanpa sebarang caj. Promosi Sebarang promosi akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Penghantaran Ke Rumah Pihak Pasaraya Metamorf ada menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan harian ke rumah. Buat masa ini, penghantaran dilakukan untuk kawasan sekitar Pantai Dalam.
"Hai Sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di Bumi, dan janganlah kamu mengikuti lankah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu" Surah Al Baqarah: Ayat 168
Indahnya persinggahan kita didunia yang sementara sekiranya kita semua bersatu memegang tali Allah. Renung-renungkanlah!
Assalamua'laikum Warahmatullah.. Bismillahhirrahmanirrahim. Selawat dan Salam ditujukan buat junjungan kita yang Agung, Muhammad Rasulullah SAW serta keluarga dan sahabat baginda seluruhnya. Setelah lebih kurang 6 tahun saya berhijrah kepada bentuk pasaraya yang lebih menitikberatkan soal kesahihan status halal produk-produk yang saya bawa, saya terpanggil pada hari ini untuk menarik perhatian ikhwanul muslimin untuk sama-sama berfikir cara yang lebih baik dan sopan dalam melabelkan produk muslim di Malaysia supaya tiada ketegangan yang timbul dikalangan penduduk Malaysia yang berbagai bangsa. Sepanjang renungan saya dan juga ramai di luar sana mengutarakan supaya melabelkan produk yang dikeluarkan oleh orang Islam dengan logo halal yang sedikit berbeza daripada produk keluaran non muslim seperti contoh dari segi warna yang berbeza. Apabila saya berfikir balik secara rasional pada pendapat saya idea ini tidak sesuai untuk diketengahkan di negara yang berbilang kaum seperti kita untuk menjamin keamanan sejagat. Alhamdulillah, saya percaya Allah sentiasa akan membantu hambanya yang sentiasa sabar dalam membantu agama Islam dan apabila kita dengan ikhlas memohon dengan penuh khusuk dan tawaduk pasti ada jalan keluar dari setiap kebuntuan. Sebenarnya Allah telah menyediakan kepada kita usahawan Muslim di Malaysia melalui Ustaz Tajuddin suatu konsep yang dapat menggabungkan usahawan-usahawan Muslim iaitu IMP atau lebih dikenali dengan nama Islamic Manufacturing Practise. Konsep ini sejajar secara tidak sedar dalam usaha JAKIM untuk membentuk insan Rabbani Ulul Al Bab dan membangunkan modal Insan yang lebih baik di masa akan datang. Amalan pengilangan yang dijalankan di IMP amat berkesan dalam membentuk peribadi Muslim yang lebih baik semasa menjalankan urusan perniagaan masing-masing. Saya berpendapat ada baiknya kita menetapkan syarat bagi setiap produk keluaran muslim supaya mendapatkan status halal yang sah daripada JAKIM dan dalam masa yang sama mendapatkan sijil IMP bagi membezakan produk tersebut daripada keluaran non muslim yang juga telah mendapatkan status halal daripada JAKIM. Melalui cara ini saya beranggapan bahawa tidak akan timbul isu nasional yang berbangkit oleh syarikat non muslim kerana IMP adalah sebuah NGO dan syarat utama untuk mandapatkan logo atau status IMP adalah syarikat tersebut mestilah milik orang Islam. Semoga pandangan saya sebagai seorang pengusaha pasaraya yang melihat perkara ini dari berbagai sudut dapat dinilai dan difikirkan oleh semua peringkat cendikiawan dan pengusaha produk Muslim khasnya. Saya amat berharap semoga usaha kita dalam memastikan akidah Islam sentiasa terbela mendapat restu dariNya. Saya juga berharap dan berdoa agar kita semua bersatu dalam mewujudkan persekitaran ekonomi Islam yang mantap dan kebal. Seperkara lagi, saya berdoa agar niat yang suci dan ikhlas dalam penubuhan IMP suatu hari nanti akan lahir menjadi LOGO yang amat dikenali dan terkenal diseluruh dunia hendaknya dengan sokongan kita semua. INSYA ALLAH.AMIN. Sekian, coretan Ikhlas dari, Puan Nazilah Binti Rahiman Pengarah Urusan Pasaraya Halal Metamorf Pantai Dalam, Kuala Lumpur |
| Last Updated on Thursday, 18 March 2010 03:28 |

| Penafian:Penggunaan laman web PASARAYA METAMORF adalah atas risiko pengguna semata-mata. Walaupun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, PASARAYA METAMORF tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan laman web dan maklumat dan bahan terkandung dalam laman web dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain. |